Wednesday, 1 February 2023

Ilmu Yang Perlu Diajar Kepada Anak-Anak Kita.

 AsSalam....................Renungan Sejenak...

Ilmu Yang Perlu Diajar Kepada Anak-Anak Kita...
Apabila menghadapi satu-satu kematian.
Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dimandikan dan dikebumikan;
1. Awal-awal lagi,Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan.
2. Awal-awal lagi, Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik tersebut.
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi siku dan pergelangan tangan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
6. Ambil kain atau tuala kecil ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulutnya tertutup rapat.
7. Tutup kepala/rambut dengan selendang/serban.
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah.
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat.
10. Tunggu untuk Dimandikan.
Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak.
Berbaktilah kepada jenazah:
Mungkin Ibu, Ayah, Datuk, Nenek kita buat kali terakhir.
Atau mungkin Diri Kita Sendiri.
SEMUGA BERMANFAAT.

No comments:

Post a Comment

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

 Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) 1. Kehidupan ma...